Friday, September 02, 2005

KERANAMU MALAYSIA


TASIK PUTRAJAYA

Semperna bulan sambutan kemerdekaan, saya rasakan adalah sesuai jika menulis menggunakan Bahasa Malaysia, bahasa kebangsaan kita. Seperti di tahun yang lepas, kali ini juga kita merayakannya selama sebulan bermula dari 17 Ogos yang lepas di Danga Bay, Johor dan akan berakhir pada 16 September di Negeri Kedah.

Kerana Mu Malaysia adalah tema perayaan hari merdeka tahun ini seperti di tahun lepas juga. Saya rasakan ianya amat sesuai kerana itulah yang kebanyakan daripada kita rasakan, iaitu perasaan terima kasih kita kepada Malaysia dan pemimpin-pemimpin terdahulu yang telah membawa negara kita ke tahap ini.

Negara kita tidak mungkin seaman ini sekiranya tiada pergorbanan warga-warga terdahulu, pemimpin-pemimpin yang penuh berwawasan seperti Tunku Abdul Rahman (1957 1970), Tun Abdul Razak (1970-1976), Tun Hussein Onn (1976-981), Tun Dr. Mahathir Mohamad (1981-2003) dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (Oktober 2003-sekarang). Mereka adalah Perdana Menteri Malaysia yang telah banyak berjasa di dalam membentuk pembangunan Malaysia sehingga ke saat ini. Walau apa pun sumbangan mereka, tidak perlu dibandingkan; ianya sangat tidak ternilai kepada perpaduan, kemakmuran dan keharmonian negara kita.

Bercerita berkenaan dengan keharmonian negara, ada sebuah cerita yang ingin saya kongsikan bersama pembaca sekalian. Baru-baru ini saya telah dijemput untuk menghadiri sebuah majlis rumah terbuka sahabat baik saya, Sue. Saya bercadang untuk membawa buah tangan kerana sebagai orang Melayu yang kaya dengan adat resam dan budi bahasa, kita mestilah beradab apabila ke rumah orang. Saya rasakan paling buruk pun saya ingin bawakan bersama buah-buahan sebagai buah tangan. Masa tidak mengizinkan untuk cenderahati yang lebih ‘fancy’, jadi saya pergi ke pasar raya terdekat iaitu Giant, One Utama (new wing). Di dalam kekalutan untuk mengejar masa, saya tidak berpuas hati dengan hamper sedia ada yang dipamerkan, oleh itu saya mengambil keputusan untuk memilih sendiri buah-buahan yang hendak diberi dan meminta mereka bungkuskan untuk saya.

Wanita yang menjaga counter pada masa itu tidak berapa tahu selok belok membungkus buah-buahan yang saya beli pada ketika itu. Agak kalut juga saya melihat mereka terkedek-kedek mengatur buah-buahan di dalam bekas merah yang tak sesuai sebenarnya, tetapi saya redakan saja sebab sudah kesuntukan masa. Tiba-tiba seorang lelaki cina datang menyapa saya. Rasanya dia adalah supervisor di sana.
Dia berkata "Tak cantiklah buat macam ni. You patutnya tambah buah anggur. Mari ikut saya. Saya boleh buatkan yang cantik untuk you".
Saya agak terkejut dengan pelawaan tersebut. Saya bersetuju yang cara pembungkusan budak perempuan itu tidak sesuai. Saya pun ikut setuju dengan pelawaan lelaki cina tersebut untuk membuatkan bungkusan yang baru untuk saya.

Agak memeranjatkan kerana dia bersusah payah memilih buah-buah baru yang lebih segar untuk saya. Kemudian mengambil sebuah bakul cantik dan seterusnya membungkuskan untuk saya dengan cara yang lebih cantik sebagaimana yang saya gambarkan di kepala semasa membeli buah-buahan tersebut.
Kemudian dia memberikan kepada saya dan berkata "Ha, macam nilah baru sesuai untuk hadiah untuk kawan baik. Lebih presentable."
Saya sangat terharu dan bertanyakan berapakah harga yang perlu saya bayar untuk penat lelah dia menolong saya. Dia menjawab tidak perlu. Dia cuma membantu dengan ikhlas. Saya tanyakan siapakah namanya. Dia memberitahu bahawa namanya ialah Mr. Yap. Saya berjabat tangan dengannya dan mengucapkan terima kasih.

Hanya Tuhan sahaja yang tahu bertapa gembiranya saya pada ketika itu. Saya berjalan ke parking kereta dengan senyuman yang tidak boleh dibuang dari wajah saya. Pasti orang ramai yang melihat merasa hairan. Seorang wanita berbaju kurung warna maroon, membawa sebuah bakul penuh berisi buah-buahan sambil tersenyum. Hahaha.... teringat macam ‘the little red riding hood’. I am truly happy and blessed to live in a harmony country with other races helping one another without seeing the different colours. Itulah makna sebenar kemerdekaan.

Bukan itu sahaja. Sebuah lagi insiden yang agak pelik berlaku sehari selepas itu di mana saya menunggu seorang sahabat untuk makan bersama di sebuah restauran Thai. Tempat tersebut memang agak sukar untuk mendapat tempat meletak kereta, tetapi pada hari itu saya amat bertuah kerana ada tempat kosong. Saya membayar harga tiket parking sebaik sahaja sampai kerana tidka mahu dikompaun seperti kawan saya, Sue tempoh hari.

Setelah menunggu selama hampir setengah jam, tiba-tiba sahabat saya memberitahu bahawa dia tidak jadi datang. Saya merasa amat marah dan geram yang tak terkata. Akhirnya saya terpaksa makan seorang diri. Selera pun dah hilang. Oleh itu saya makan dengan segera dah terus mahu balik ke pejabat secepat yang mungkin. Semasa ke kereta saya terkejut kerana mendapati cermin depan kereta saya ditutupi dengan ‘sun screen’. Saya sangat hairan bagaimana benda tersebut ada di atas kereta saya. Salah letak ke apa? Rupa-rupanya lelaki cina di restauran cina berhadapan kereta saya yang meletakkannya di kereta saya supaya kereta saya tidak kena panas matahari. Lelaki tersebut yang kelihatan agak kemas, pekerja di restauran itu rasanya, terus berlari menanggalkan ‘sun screen’ tersebut untuk saya. Dia terus berlalu tanpa sebarang kata sebelum saya sempat mengucapkan terima kasih. Dia kelihatan amat pemalu. Saya cuma dapat berikan senyuman sebagai tanda penghargaan.

Wah! Sejuk hati saya yang sedang panas ketika itu. I feel blessed again. This is the true Malaysian spirit. Lelaki itu memang dah biasa melihat kereta saya agaknya sebab itulah dia alaskan cermin kereta saya supaya saya tidak perlu memandu di dalam keadaan kereta yang panas ketika itu. I am truly thankful. He made my day no matter what his intention was. Saya tidak kisah kerana dia memang seorang yang baik hati.

Sebenarnya banyak kisah seperti ini yang pernah saya hadapi. Di dalam kehidupan seharian kita, kita tidak dapat mengelak daripada berhubungan dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia. Semasa berada di kedia Telekom, sementara menunggu nombor giliran saya, sempat saya melihat kerenah dua orang anak melayu dan anak cina yang berumur sekitar tiga tahun dan dua tahun, sedang bermain-main bersama. Di tangan masing-masing terdapat bendera Malaysia yang ada gula-gula di dalam tempat pemegangnya. Sangat gembira dan tiada prejudis. Itulah sepatutnya, persahabatan antara kaum dan semangat cintakan negara perlu diajar dari peringkat kanak-kanak kerana pada masa tersebut mereka masih lagi putih bersih, tidak mengenal erti perbezaan warna kulit dan bangsa.

Saya sangat seronok berjalan-jalan di Putrajaya di hari Kemerdekaan baru-baru ini. Sempat bergambar sakan dengan Chris dan gambar di ini adalah salah satu daripadanya. Cantik kan :)

MASJID PUTRAJAYA


2 comments:

  1. liza, mmg awak mcm little red riding hood haritu.. hahaha.. mlm tu kitorg kat rumah pun main2 dgn bakul awk kasi tu.. saja suka2 dgn anak sedara kita.. hehe..
    terima kasih!

    ReplyDelete
  2. Tulah kita rasa macam tu pun. Hahaha....Glad that your anak saudara pun suka bakul tu :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My mind says:

  • "I CHOOSE TO LOVE EVERYTHING THAT IS MINE"
  • If it's not you, who else!
  • Love your country. Keep it SAFE & GREEN...